I loVe Design

I loVe Design

Tuesday, 28 May 2013

Kunci hati ni rapat...

Lepas sorang..sorang yang pergi...tapi sekali datang..datangnya bertalu-talu..
Ya Allah...sungguh hebat ujianMu pada ku...
Ya Allah...biarlah...aku tahu aku perlu terima semua ni dgn hati yang redha..
Aku pasrah dengan semua yang berlaku sebab aku tahu setiap apa yang berlaku pasti ade asbab dn musababnya..
Sekarng ni aku dah bertekad...aku nk kunci rapat2..serapat-rapatnya pintu hati aku ni agar xada lagi aku serahkn hati dn cinta aku pada sapa2 lagi..cukup la tu..cukupla aku diuji oleh Mu....sakit....hati ini sakit ya Allah....sakit sangat-sangat...
Sekarang ni aku dah xnak fikir perkara remeh temeh ni lagi...cukup la tu...hati aku dh banyak kali terluka..banyak kali dn mmg aku sengaja nk surh hati aku terluka...betapa bodohnya aku...
sekarang ni, hati aku berkata...'kau kena belajar utk 'let go'..let go ap yg kau rse jadi milik KAU sekarang ni...itu yang terbaik kau harus lakukan...'....
ye...aku kena belajar lepaskan orang yang sayang...knp??
Sebab dia bukan sayang kau...tu sebabnya yg nyata dn jelas...cukup2 la tu...
Hati aku dah tertutp rapat utk terima sape2 lg buat mse ni..dh tiba msanya aku jual mahal...jual mahal speerti sebelum2 ni supaya hati aku xterluka lagi....biarlah....AKU DAH PENAT SEBENARNYA...........

Sunday, 7 April 2013

Aku tahu aku harus kawal perasaan aku..aku mahu redha Allah..



Wahai hati sang lelaki , apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu,

“Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”

Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.



#####################


"Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini." Sender:Akh Umar 0141234567

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"

Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,


"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567

Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,

Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,

Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!

Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,

Sender:Ukhti Elya 0129876543

senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,

selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,


"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567

yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.


_________________________________________________________________________________


cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"


Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Namun,,sedarlah bahawa
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.


Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.


Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.


Bersabarlah untuk saat indah itu.

“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”



“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."

subhanallah,,so sweet!!

:: moga Allah menetapkan hati kita untuk terus berada di landasan syariat Islam ::
 

H.F:YA ALLAH...aku takut..aku takut dgn smua ini..tolonglah aku Ya Allah..aku mahu aku dan die dapat kawal perasaan ini..tolonglah aku..bukan semua ini yang aku inginkan....

Sunday, 24 March 2013

JIKA dia itu jodoh mu..


~✿JIKA DIA ITU JODOH MU~✿

JIKA dia itu jodoh mu, 

YANG telah TERTULIS di Luh Mahfudz, 

pasti ALLAH akan tanamkan rasa CINTA di hati dia dan kamu...

Seandainya Kau Catatkan Dia Milikku..

Satukanlah hatinya dengan Hatiku.. :-)


Impianku..


[IMPIAN GADIS SOLEHAH]

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup....

Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana...

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, 
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, 
memimpinku ke arah tuju yang satu...

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.... 

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, 
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, 
jua hatimu kali pertama kita berpandangan....

Itu janji Allah...

Akan tetapi, 
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, 
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu....

Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’...
Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak...

Permintaanku tidak banyak, 
Cintai aku bila tiba saatnya...bawa aku ke SyurgaNya..♥

Friday, 22 March 2013

Tulang rusuk..


tak perlu mencari ''si dia'' ..
kerana ''si dia'' akan hadir ..
tika sampai waktunya (^^,)


Friday, 15 March 2013

Aku dah sedar...

Alhamdulilah...pertanyaan aku dh dijawab oleh seorang muslimah tu..subhanaALLAH...maha suci ALLAH...bnyak ilmu dn kesedaran bila ku baca semua tu..terimakasih ya ALLAH sbb KAU hadirkan aku seseorang untuk sedarkan aku yg dalam dilema ni..hmmm...antara ayt yg buat aku sedar ialah:
..tak salah menjadi pemula bicara.. tak salah juga memulakan langkah pertama..
tetapi dalam keadaan yang terkawal dengan malu yg dibekal..

Rapat bukan bermakna cinta

''Meluah perasaan tak salah..Tapi apakah luahan itu adalah untuk membina hubungan yang halal? ataupun sekadar mahu ber"couple" sebelum nikah? Mesti ingat, bercinta sebelum berkahwin tidak di benarkan, melainkan bercinta selepas berkahwin. tapi kalau awak rasa awak nak jugak bercinta sebelum berkahwin, awak rasa awak boleh ke bercinta tanpa berjumpa, tanpa berpandangan mata, tanpa kata2 manja, tanpa luahan rindu dan sayang?...sebelum bercinta, mungkin kita rasa boleh. tapi dalam ber"couple", macam2 hasutan syaitan yang merasuk fikiran !!! jadi, berhati-hati dalam membuat keputusan..''
YA ALLAH...kata2 insan ni buat aku sedar..Allah ampunkanlah hambaMU ini..

Sunday, 10 March 2013

Salam buat semua..

Assalamualaikum pd semua yg sudi jenguk blog sy ni..dn yg penting yg sudi baca blog sy ni..tak sangka plak ade org yg sudi baca blog sy ni..pasti mereka semua akan terkejut dn pelik bila baca blog sy ni..yelah..xkena pada orangnya..nampak dari luar lain..dalamnya lain...ibrt kata pepatah..dont judge a book by its cover...mmg sesuai sgt pepatah tu...setiap manusia yg hidup di muka bumi ini ada kisah hidup masing...ceritera cinta masing...perasaan yg berbeza...tnpa kita tidak menduganya...betul tak?..hmm..malu?entahlah...sebab bagi sy..BlOG NI ADALAH DIARI SY....sy xmengharapkan sesiapa pun baca dn seandainya mereka baca..biarlah kisah2 sy ni menjadi rahsia hati mereka masing-masing...persepsi manusia ni berbeza-beza..ada yg suka..ada yg xsuka..ada yg jijik..ada yg maki hamun...dn yg paling teruk adalah mereka akn mengaibkan seseorang tu...bg saya tak perlu lah semua tu...semua orang ada cara tersendiri nak luahkan masalah dan isi hati masing-masing...seperti kamu semua..tak semua orang baik dn buat perkara yg semuanya mulia..tak ada kan?tak ada manusia yg sempurna..sy juga seperti manusia yg lain..punya hati dan perasaan..punya tempat dn masa untuk diluahkan...selain ALLAH dan insan yg kita paling percayai...betul tak?
So, kesimpulannya...sy mintak maaf andai apabila kamu semua membaca blog sy ni..ada rasa meluat ke..jijik ke..geli ke...menyampah ke..miang ke..gatal ke...ikut suka la nk kata apa pun..ni blog sy..ni diari sy...dn sesungguhnya ALLAH yg mengetahui segalanya...Wassalam...

Tuesday, 5 March 2013

U.A.I

Tiap-tiap orang yang beriman, ALLAH SWT akan buatkan untuk mereka bidadari,
ALLAH SWT akan tulis nama di atas dada bidadari itu,
Jadi, takkan bertukar. Dia takkan pergi pada orang lain,
Disebut dalam satu riwayat,
Bila bidadari rindu pada suami mereka,
Mereka akan keluar dari istana di syurga.

Syurga memang sudah ada,
Apabila melihat pada bidadari keluar, malaikat Ridwan bertanya, 'Kenapa semua ramai keluar ini?'
Bidadari menjawab, 'kami nak lihat suami kami. Rindunya, lamanya nak ke mari.
Sebab tak kiamat lagi, itu yang belum boleh mari.

Maka malaikat Ridwan minta mereka jenguk ke atas. Dengan demikian ALLAH SWT tunjukkan suami-suami mereka yang masih ada di dunia.
Ada yang sedang solat malam, bersedekah, berzakat dan membuat kebajikan.
Bersorak gembiralah mereka dan ada yangberkata, 'Oh, alangkah baiknya suamiku.'

Saturday, 2 March 2013

Sakit

Petang td layan FB..then terjumpa nukilan kt wall post..ayat2 cinta..from kekanda memey..then serch Fb dia..jumpa la..tkan follow n rq frenz..blom diapprove..ikut sukala nk accept ke tak..dlm album dia bnyk pic2 tntg ayt2 cinta kot...mcm org frust bcinta..then kebanyakkannya ayt2 die kena kt batang hidung sndri..2 yg copy pic2 nukiln die 2...salah 1 nya..yg ni..
Lagi 1 yg ni..mmg kena tepat2 kt batang hdung sndri...srius buat aku terkesan..xsangka ade jgk org yg alami perasaan mcm ap yg aku alami sekrang ni...hmm..mmg btul ap dia tulis tu..

Friday, 1 March 2013

Warna biru seperti air mataku..

Aku sakit hati...sakit sangat2...tapi aku harus pertahankan dan seka air mataku dari jatuh berguguran..inilah derita yg perlu aku terima...kau percik api dalam diriku..semakin aku sakit..semakin kau bahagia...mengapakah aku jadi lemah..sungguhku tak sangka..dia membawa jantungku bersamamu...
Ya ALLAH..aku sedih ya ALLAH..sedih sangat..kenapa ya Allah..kenapa sejak dua menjak ni perasaan aku seringkali hiba,..sayu...melayang-layang jiwa ini...kelopak mata ini selalu sahaja berair...pedih...sedih ya ALLAH...hatiku pula terlalu sakit..berdenyut-denyut...aku tak suka akan semua ini..kenapa sekarang..kenapa hadirnya aku tak pinta ya ALLAH..kenapa sekarang semua ni datang padaku?? Kenapa saat ini perasaan ini hadir ya ALLAH..aku sakit...aku tak berdaya menolak dn melawan semua ini..sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah..sangat lemah...ya Allah..tiada siapa yang dapat aku berharap selain diriMu...kuatkanlah hatiku untuk menepis rasa cinta dan sayang ini pada dia..ya ALLAH..itu yang aku mohon ya ALLAH...hilangkanlah fikiranku ini tentang dia...lenyapkan rasa rindu ini padanya...aku tak mahu hatiku rosak..rosak kerana cinta pada yang tak sudi..ya ALLAH...aku tak sanggup lagi menanggung derita ini...lenyapkanlah ya ALLAH..agar aku tiada lagi menyimpan hati pada dia...kerana aku yakin aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja ya Allah..hanya aku..hanya aku yg ingin memilikinya...bukan dia...bukan dia ya Allah...andainya dia melihat dn membaca semua isi hatiku ini............




Astaghfirullah...

Dalam sujud, kita BERSATU ♥

Cinta Dari Allah?? Cinta Hingga ke Syurga? = Astaghfirullah!!!

Cinta dari Allah atau cinta hingga ke syurga BUKANLAH dengan meletakkan gambar berposing dengan kekasih pujaan hati yang sememangnya sah2 bukan muhrim...

ATAU

yang "bercinta" sakan di FB sehingga 1 Malaysia tahu...Allah....

ATAU

yang asyik "bergayut" telefon sampai ke azan subuh....kononnya minta tolong gerak untuk tahajud....tapi lepas tu, disambung pula dengan SMS yang bertali arus hingga pagi...

"Hati kita sangat hajatkan hidayah Allah...hati kita perlu untuk dibersihkan...sampai bilakah KITA NAK HIDUP bergelumang dengan DOSA?"

---> BERCINTA lah dengan Allah...rasailah kemanisannya... ♥ ~

--->jangan banyak berkhayal yang bukan-bukan, ingat, pandangan Allah jatuh pada hati kita...

[ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH] (T___T)


Thursday, 28 February 2013

1 more...

Andainya dapat engkau mendengarkan suara dihatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terucap,
Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina sekian lama di sudut hatiku hanyalah untukmu,
Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa, namun bimbang diri kan terleka, 
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita,
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran,
Apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yang dilafazkan, bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji,
Kiranya engkau bisa mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terungkap, 
Pasti dirimu dapat melihat rahsia kasih yang terpendam sekian lama di sudut hatiku...


Lirik lagu: Nasyid Devotees
Tajuk: Mahar Cinta

Copy from Merahitujambu


Kalau kita dah tau siapa jodoh kita, tak seronok lah. Sebab tu Allah gives a surprise for us. Mesti kita akan cakap "La tak sangka kau jodoh aku !" Ahahahaha *pengsan ♥

# Pertemuan itu ada, tetapi jodoh tetap kekal sebagai rahsiaNya. (",)

Wednesday, 27 February 2013

Nukilan aku...


Ya Allah, Aku dah cuba...


Aku sedang berubah



Aku Suka Dia

Aku lihat dia di sana,
Aku ingin mendekatinya,
Aku cuba menghampirinya,
Lalu aku menyapa dia,
Dia pun membuka bicara,
Dan aku mulai mengenalnya,
Kita mula bermain mata,
Mula timbul rasa bahagia,

Bila dia mendekati diriku,
Hati ku rasa sesuatu,
Bila dia senyum pada diriku,
Hati ku rasa tak menentu,
Kekadang hatiku bertanya,
Adakah dia dah berpunya,
Kerana diriku berasa aku jatuh hati padanya,

Aku ingin memilikinya,
Aku ingin menjaga dia,
Aku ingin mencinta dia,
Aku ingin hidup dengannya,

Bila dia mendekati diriku,
Hati ku rasa sesuatu,
Bila dia senyum pada diriku,
Hati ku rasa tak menentu,

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya,
Untuk meluahkan rasa,
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja,
Menunggu cinta darinya.
Ya...aku akan menunggu cinta darinya....
Tetapi aku tak tahu sampai bila aku harus menunggu,
ALLAH yang Maha Mengetahui segala..
AKU SUKA DIA....


Tuesday, 26 February 2013

Dalam Diam

Dah lama benar aku tak meluahkan isi hati aku dalam blog ni..ye lah...aku dah ade teman setia aku..SI DIARI...hehe....lebih personal...dn tak terlampau terbuka....tapi entahlah kenapa hari ni aku rase terdetik nak luahkan dalam blog ni...aku tahu xde sape pn yg akan bace sbb blog ni mcm xwujud jer..hehe...
Malam ni aku nak luahkn isi hati aku yg dah lama terbuku....
Sebenarnya orang yang aku cari sbnarnya mmg wujud...dn aku tak berangan2 tinggi..mmg org sprti yg aku nak mmg ada...aku dh knal die..rupa dia...aku dh lihat die dgn mata kpala aku sndiri...aku dh thu tntg krjaya die...dn bnyk pkra yg dh aku tahu tntg dia...tapi nk buat macam mana....dia xnak mengenal aku....dia xsudi nak kenal aku...die xnampak aku....die xkisah psal aku...die xpedulikan aku langsung...dn aku sedar mmg aku xlayak untuk die...bg aku die seorang yg perfect...mmg apa yg aku nak smua ada pada die...mmg ada...tp sayang....aku cuma dpt mmerhati dia dri jauh...jarak yg sgt jauh....
Kenangan lama...aku dan dia...kenangan aku dn dia bg aku mmberi 1000 kemanisan buat aku...tapi bg dia....mungkin dia lgsung xsedar akn kewujudan kenangan itu....xpelah..aku tak kisah pn...sebab aku tahu...jodoh aku di bawah kuasa ALLAH....KUASA ALLAH...mungkin bukan sekarang....tapi yg akan datang...mungkin dia nama yg telah tertulis di Luh Mahfuz......
Menunggu dalam diam.....biarkan masa yg memberikan jawapannya....