I loVe Design

I loVe Design

Sunday, 1 January 2012

Jangan heran


Jangan heran atau pelik kalau saya post entry tntg video lagu..ni kerana saya sangat sukakan muzik. saya suka sangat dengar lagu. Tak kisah la lagu berbentuk genre apa.nasyid, pop, etnik, balada, jazz, pop rock dll..Lagu Inggeris ke, Melayu ke, Indon ke, Korea ke, Hindustan ke..yang penting bila saya dengar sesebuah lagu tu for the first time, hati terus terpikat, lagu tu la yang saya akan dengar banyak kali. Tapi saya lebih gemarkan dengar lagu genre nasyid kontemporari. nasyid moden. bila dapat dengar lagu, confirm susah nak mengantuk, saya xboleh fokus bila stdy sambil dengar lagu..sebabnya confirm saya akan menyanyi..even suara xselunak dn xsemerdu Ct..hehe..Dalam laptop wajib ada library or folder untuk lagu..rasenya laptop saya berat disebabkan lagu trlampau banyak kot..ye lah..lagu sekali dengan video..mana tak beratnya..tengok kat blog pn ada library lagu..hehe...

Percaya padaku..

video
Dah lama tercari-cari ni lagu sape dan apa tajuknya..akhirnya saya temuinya sewaktu singgah di cafe kolej 3 dengan bantuan seorang pelajar kolej 4 ketika sedang bosan menunggu tempahan makanan siap. Pertama kali dengar lagu ni, terus terpikat.

Bukan cinta biasa...


video 

Ya Allah..tersentuh hati ini bila melihat dan menghayati video ini...

Wanita Istimewa...


Rawat hatinya,
Beri dia  cinta,
Jangan sekal-kali kau sakiti dia,
Kerna hatinya mudah kecewa,
Dengan cinta yang penuh berpura-pura,
Hei Arjuna, Sayangi dia,
Kerna wanita dicipta untuk dicinta,
Jangan cemarkan harga drinya,
Kerna dia juga masih punya jiwa,
Dalam dirinya penuh air mata,
Jagalah dia dengan sepenuh jiwa,
Janganlah pernah kau dustai dia,
Wahai Arjuna, sedarilah..
Kerna wanita berhak untuk bahagia,
Bukan dicipta untuk selalu derita,
Sayangi dia, cintakan dia,
Kerna wanita istimewa,
Sungguh dirimu istimewa..

Rahsia Diriku...

  • Dia bersifat peramah dan mudah terasa. 
  • Kepada teman-teman dia bersifat lembut dan bijaksana.
  • Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.
  • Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. 
  • Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. 
  • Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
  • Melancholic (kreatif) adalah bijak dan seorang penganalisis.
* Sangat senang apabila didampingi.

* Banyak berahasia dan sukar dimengerti, terutama laki-laki. 

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 

* Tenang kecuali sedang senang atau marah

* Sangat menjaga hati atau perasaan orang lain.

* Mudah menghibur

* Pintar dan lucu/jenaka

* Jujur dan mudah menghibur orang

* Peduli kepada perasaan orang lain 

* Ramah dan bijaksana. 

* Mudah marah dan tidak terduga

* Mempunyai perasaan yang halus dan mudah terharu 

* Pemaaf tapi tidak akan pernah lupa 

* Tidak suka hal-hal yang masuk akal dan tidak perlu 

* Memandu orang secara fisik dan mental 

* Menjudge orang lain melalui pengamatan 

* Bekerja keras, waspada dan tajam.

~1.1.2011~




Salam Tahun Baru buat semua PemBLOGGER.. Tahun 2011 sudah melabuhkan tirainya, dan tahun 2012 sudah menjelma. Alhamdulillah, saya masih bernafasan lagi untuk meneruskan kehidupan sebagai pelakon di pentas dunia ini. Syukur pada Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan tahun baru.

Bila tahun mula bertukar tahun, ramailah yang sibuk memasang azam baru sedangkan azam lama ada yang belum tercapai, mungkin? Bila sebut tentang azam, saya terfikir apakah azam saya untuk tahun ini sebab tahun lepas saya xada azam. Kata Irfan Khairi, kita mesti ada azam dan azam itu mesti boleh dicapai. Ramai juga yang buat entri tentang azam baru kat blog masing-masing. Tak salah pun, mungkin boleh dijadikan semangat untuk mencapai azam tu.

Jika ada azam, maka adalah sasaran dan matlamat yang hendak dicapai. Setiap orang pasti ada azam masing-masing setiap kali tibanya tahun baru. Ada orang berazam ingin berhijrah dari nakal kepada yang lebih baik, dari hidup yang biasa-biasa ke hidup yang luar biasa, dari kegagalan ke kejayaan demi kejayaan, azam nak kahwin dan bertemu pasangan, dan bermacam-macam jenis azam lagi. Biasanya berazam untuk ke arah kehidupan yang lebih baik. Ada ke yang berazam ke arah yang tidak baik? Tak perlu lah jika begitu..

Tahun 2012 pasti memberikan cabaran yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali tibanya tahun baru, pasti umur kita juga akan meningkat. Begitu juga dengan corak pemikiran kita yang semakin matang. Namun, biar umur meningkat tapi nampak muda daripada muka matang tapi perangai macam budak-budak. Biarlah kematangan pemikiran kita seiring dengan umur kita yer atau berfikiran matang jauh melebihi umur tapi bukan sebaliknya.

Pada tahun ini, saya ingin ada azam baru. Kalau boleh nak juga senaraikan beberapa azam yang nak saya capai dalam tahun ni. Mudah-mudahan tercapailah hendaknya.

1. Azam pertama ialah nak turunkan berat badan. Nak jugak..nak sangat-sangat jadi kurus. Tension dan stress sangat-sangat bila orang ramai yang kata saya ni dah berisi, dah tembam, gemuk dan macam-macam lagi la.Paling yang saya tak dapat terima bila famili sendri kata saya gemuk, nak-nak kembar saya selalu je kutuk-kutuk saya. Sedih sangat-sangat.Saya sendiri pun sedar akan perubahan badan saya ni.Dah semakin berisi. Dulu slim n ramping jer. Tapi sekarang, adoi..masalah-masalah. Harap-harap azam ni dapat tercapai jugak tahun ni. Sekarang berat 47 kg dan sasaran target nak turun below 40 kg takpun sama berat badan dengan kembar.  APA YANG PASTI KENA LAKUKAN IALAH: 1.Kena jaga makan, kena makan nasi sekali jer sehari, time malam, kena pastikan makan makanan yang ringan-ringan jer..bukannya nasi. 2.Kena kurangkan tidur, tidur, tidur lepa makan. 3. Kena lakukan senaman at least seminggu sekali. Tu wajib kena buat. Sem lepas dah biasakan diri dengan senaman time weekend. So, tak ada masalah sangat la. Doakn saya berjaya. InsyaALLAH PASTI BERHASIL.

2. Azam yang kedua ialah pada tahun ni saya berharap sangat dapat pindah ke rumah baru. Rumah impian kami sekeluarga. TERATAK FA.MA..Ya ALLAH, teringin sangat-sangat nak duduk dan menetap kat rumah baru tu. Dah lebih 10 tahun kami menanti rumah tu nak siap. Macam-macam halangan yang kami sekeluarga terpaksa tempuh, nak-nak ayah saya antaranya dari segi kewangan, tukang buat rumah, geran tanah, pemilihan peralatan rumah dan macam-macam lagi lah. Sekarang ni, masih lagi dalam pembinaan, hampir 70 % dan siap, cepat-cepat la siap. Rumah tu banyak kenangan kami bersama. Harap sanagt tahun ni dapat beraya kat rumah baru, dapat memasak kat rumah baru, dapat buat 'open house', dapat hias bilik tidur, ruang tamu, bersihkan halaman rumah, pasang pelita di sekeliling rumah, pasang lampu 'lip-lap' di sekeliling rumah, mak dan ayah dapat berkebun kat halaman rumah baru tu.  Bagi saya ni bukan azam tapi satu impian. IMPIAN KAMI 1 KELUARGA. Doaku tidak putus-putus sebelum salah seorang daripada famili kami pergi tinggalkan dunia ni buat selama-lamanya.

3. Azam seterusnya ialah..Sudah pasti nak mantainkan pointer..huhu..yup..saya nak maintainkan pointer saya. Xnak bagi jatuh, kalau ada rezeki nak tinggikan pointer, tu lagi bagus. Kalau xpun nak maintain 3.00 ke atas la..Bagi sayalah lebih susah nak maintainkan pointer daripada nak naikkan pointer. Betul tak?? Lagipun, hajat di hati..kalau dapat CGPA 3.00 ke atas boleh sambung MASTER. Jeles jugak tengok senior-senior lain sambung master. Lagipun kembar saya pun plan nak sambung master lepas dia keje 2,3 tahun sebagai GURU. Sebagai kembar dia, mestilah saya tercabar sangat-sangat. INSYAALLAH...TUHAN IZINKAN SAYA PENUHI AZAM SAYA YG 1 NI..aminnn....

4. Nak khatamkan Al-Quran dalam 1 sem dan hafal doa-doa yang tertentu. InsyaALLAH.

5. Azam tahun baru ni nak beli handphone baru dan kamera. Handphone yang lama dah uzur sanagt-sangat dah. Kolot tak kolot, blutooth pun xada. huhu. Tapi saya masih sayang lagi kat handphone ni. Semua masih berfungsi lagi. Sound ok, Keypad pun ok lagi, xada yang tercabut, Kamera pun ok even xthu megapixel berapa. Saya nak guna sampai la handphone tu mati dan tak bernyawa lagi.. Barulah plan nak ganti yang baru. Jangan la tamak sangat.  Lagi satu, azam tahun ni nak beli kamera digital. Plan nak beli tahun lepas lagi tapi duit xpernah nak cukup. Keje pun tak dapat kumpul duit jugak..huhu..Patutnya orang yang suka snap-snap gambar ni, wajib ada kamera. Ni saya?? Tak ada kamera plak. tak ke pelik tu?? Hemmmm.....Dalam hati memang nak beli macam-macam gadget.  Sasaran nak ambil DSLR, mungkin terpaksa ditolak ketepi memandangkan tidak mampu. Bagi saya keinginan nak memilikinya sebijik adalah tinggi tetapi di sebabkan kekangan kewangan terpaksa saya membatalkan niat saya tu.Lagipun, abang saya terlebih dulu beli kamera tu. Dia tak apa, dah kerja. Mampu la beli. Pinjam yang dia punya je la untuk buat photoshoot nanti. Tapi apa-apa pun, harap-harap dapat la beli kamera digital tu, teringin sangat-sangat nak ada kamera sendiri. Lagipun, kos yang saya ambi sekarang ni, banyak kerja luar fakulti, banyak meneroka tempat orang..so, wajiblah ada kamera nak snap sana, snap sini.

5. Jodoh?? No komen. Ada thun ni, ada la. Xada, teruskan mencari tahun-tahun depan..hehe..Ada ke orang llaki berkenan kat saya ni?? Rasenya tak ada kot..

Semoga kehidupan kita semua akan lalui dengan ketenangan..insyaALLAH..
Hidup kita ni bukan semudah ABC tapi complicated macam ALGEBRA..:)

p/s – Happy New Year! Rakan-rakan sekalian doakan saya capai target saya yer, mana tahu akan terlaksana berkat doa rakan-rakan sekalian. Apa pula azam tahun 2012 rakan-rakan? mana tahu kalau sudi berkongsi..apapun saya doakan kalian juga akan mencapai apa yang diimpikan tahun 2012 ini..insya-Allah..Good Luck! ;-)