I loVe Design

I loVe Design

Sunday, 9 October 2011

'...KERANA SIFAT PEMALU, SAYA XRAMAI KAWAN LELAKI....'


Assalamualaikum semua..dh lame sy xpost ap2 kt dlm blog sy ni..hari ni sy rse terdetik nk post sesuatu yg bru sy sdar setelah kian lamanya..Sy sedar sy xramai kawan lelaki..kawan baik..ataupun kenalan biasa..sy mmg xpndai bkawan dgn lelaki..dah btahun2 lamanya..sejak dri sekolah tadika dlu smpailah sekarang..masuk Universiti..sampaikan ramai budak2 laki yg kate sy ni jual mahal la..sombong la..itulah..ini lah...macam-macam lah..lucu plak bile teringat balik..mybe bg sesetengah orang msti rse sy ni pelik..emm...tp sy rse sy thu knp semua 2 berlaku...KERANA SIFAT PEMALU yg sgt menebal dlm diri ni sy KURANG KAWAN LELAKI...malu pd llaki..bukn lelaki yg bukn muhrim je tp rse malu kt ayah n abg sy..tp org kate..malu msti kena pd tempatnya..rsenya ini lah yg sy lakukan..malu pd tmpat dan pkra yg spatutnya...sebagai seorang remaja muslimah..sifat malu wajib ade pada diri kita..nak-nak kt lelaki yg bukn muhrim kita..jagalah maruah kita ni yg sgt9 bhrga..angktlah darjat maruah kite ni..dlm post ni ade nasihat yg sy ingin smpaikan buat smua wanita muslimah..yg baik jadikan smpadan dan tauladan..yg buruk lahir dri diri sy sndri..wallahualam..sama2 lah kita hayati n renung2kan...:)

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.
Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rubiah K Hamzah, berkata Nabi Muhammad SAW pernah bersabda apabila wanita semakin hilang rasa malunya, menunjukkan tanda dunia semakin menghampiri akhir zaman.
Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat. Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi s.a.w sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi s.a.w lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya. 

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya. Dari Abu Mas�ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri r.a Dia berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari) Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad s.a.w ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama. Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu� bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan. 
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah s.a.w sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda s.a.w telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman. Malah Nabi s.a.w pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya: Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman. (Shahih Muslim No.50) Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.(Shahih Muslim No.53)
Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika saya dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah saya tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika saya bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.
Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita. Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda semua dari arus globalisasi. Malah, anda semua akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Sekian...wassalam..;)


4 comments:

  1. niat sy bukan untuk membangga diri..aptah lg utk mnyatakan diri sy ni baik n alim..xtrlintas lgsung nk buat mcm 2..tp ni blog sy..dn sy blh buat ap sje dlm blog sy...hehe...:)

    ReplyDelete
  2. ye ker? hehe.. klau sya komen ni marah ker? mesti awk ni muslimah yg baik..hehe.. sya pun mmg pemalu, tapi klau blh sya nak buang malu tu... mmg malu tu perlu tapi tulh lemahnya sya..huhu.. xthulh knp, dah sifat cmtu.. sya akan mesra dgn orng yg knl, n sya suka mnaip, menulis, tpi klau brcakap tu mmg kurng.. sya ckp yg pntng2 jer..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Perasaan 'MALU' memang penting kepada setiap orang kerana dengan sifat 'malu' seseorang itu dapat mengawal diri dan tingkah lakunya daripada melakukan sesuatu yang tidak baik, malu itu sebahagian daripada iaman....dengan malu kita akan sentiasa berwaspada dan berfikir sebelum bertindak......Tapi 'malu ' itu biarlah bertempat kerana ' malu' juga boleh memusnahkan.....

    ReplyDelete
  4. betul2...malu mmg biarlah pada tempatnya..dlm menuntut ilmu yg baik..jgnla kite ni malu sgt...

    ReplyDelete