I loVe Design

I loVe Design

Tuesday, 3 May 2011

cEritA hATI kU...

semalam yang telah pergi..menghilang tanpa jejak..membawa bersama cereka kadang tertawa...dan kini ku mencari kalau masih ada kesan yang terus tersisa di dada bagai permainan..jalanan yang panjang..bersimpang haluan bagai pentas haluan rasa..tiada bersempadan..pada awan biru..ku melakar kata-kata..pada langit cerah ku panah semua cerita..dengarlah mentari suara hatiku menyanyi...bertebangan jiwa merentasi pelangi...mungkinkah ada esok untuk ku ukirkan khalimah menjadi arca pembuktian...pengabdian cinta...gerimis menitis gugur membasahi bumi...bagai menangisi sebuah cerita hati..andai kau fahami semua hikayat pendeta seribu tahun kan pasti setia ke alam syurga.....

buat yang sedang bersedih....

di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung. KENAPA AKU DIUJI??"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka s sungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3). KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)                                                                                                                                                              

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST??"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri,  harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

RAMBUT..MANGKUK DAN MADU..??

Kisah dan Tauladan..mangkuk yang cantik,madu dan sehelai rambut.Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu: Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a isterinya Saayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan utk mereka madu yg diletakkan di dlm sebuah mangkuk yg cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kmudian meminta kesemua sahabatnya utk membuat suatu perbandingan trhadap ketiga benda tersebut iaitu MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT. Abu Bakar r.a berkata : ''Iman itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, orang yg beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut''.

Umar r.a berkata,: ''kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dgn adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Uthman r.a. berkata:" Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, orang yg menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dgn ilmu yg dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.

Ali r.a. berkata,:''tamu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Fatimah r.ha. berkata:'' seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yg cantik, wanita yg berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yg tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Rasulullah SAW berkata: ''seorang yg mendapat taufiq untuk beramal dgn amal yg baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dgn ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.

Malaikat Jibril AS berkata:'' menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yg cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu utk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.

Allah SWT berfirman:'' Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Moga-moga ada imbalan dan pengajarannya...InsyaALLAH.. ''MEMIKIRKAN KEBAHAGIAAN BERERTI MEMIKIRKAN APA YG TERJADI SEBELUMNYA DAN APA YANG AKAN TERJADI NANTI DAN SAMPAI BATAS TERTENTU, BERFIKIR TERLALU JAUH ITU, BOLEH MENGUSIK KEBAHAGIAAN ITU SENDIRI.''

Pabila 'keypad' berbicara....PASTI ADA CEBISAN KENANGAN BUAT KITA....

Sy ada sebilah GUNTING, GUNTING  itu sy guna untuk potong-potong..pernah jugak terluka sebab GUNTING tu..tapi sy tak kisah..tak sakit pun..GUNTING tu dah lama sy guna..sekarang ni GUNTING tu dah berkarat, sy tak buang pun...KENAPA??? SAYANG!!!...SAYANG nak buang..macam AWAK jugak! sy ada AWAK...AWAK sy jadikan TEMAN...selalu nak bersama AWAK.. kadang-kadang terluka jugak sebab AWAK..tapi tak apa..sy kuat lagi..sekarang ni AWAK masih TEMAN sy..cuma satu je tak sama..AWAK tak berkarat, jadi tak ada sebab nak buang AWAK, jadi sy nak simpan AWAK sama dengan GUNTING tadi..tapi GUNTING tu dalam laci..AWAK??? AWAK dalam HATI....''                                  

...dalam hidup kita Tuhan akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang..tapi hanya sekali...sekiranya kita leka, kita akan kehilangan buat selamanya. Tapi.. kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya... Mungkin setelah segalanya berlalu, kita mula sedar dan mungkin kita tak berpeluang memilikinya untuk selamanya....
Apa lagi yang diperlukan bagi sebuah persahabatan,

jika di dalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan.

Bila menangis ada yang meredakan,

bila gembira ada yang mengingatkan,

bila sakit ada yang mendoakan,

bila sihat ada yang meraikan.

Alangkah hebatnya persahabatan,

lagi hebat jika seiring perjuangan...

Walaupun kita berjauhan kita masih pandang bulan yang sama...(d-_-b)...
Kawan e2 indah...

Kawan e2 cantik...

Kawan e2 mesra..

Kawan e2 ukhwah..

Kawan e2 bermakna..

Kawan e2 sejati...

Bila berkawan kerana ikhlas..

Bukan kerana darjat..

Bukan kerana kekayaan..

E2lah kawan bukan lawan..

TETAPI kawan e2 musuh..

Kawan e2 sengsara..

Kawan e2 pemusnah..

Kawan e2 zalim..

Bila berkawan kerana harta..

Berkawan kerana ego..

Berkawan kerana rupa..

Berkawan kerana pangkat..

E2lah lawan bukan kawan..

Biarlah kita buruk..

Kita miskin tapi kita kaya..

Kita cantik dengan keikhlasan jiwa...

Berkawan biarlah kerana ALLAH..

Kerana teman adalah pujangga..
''terkenang sebuah memori lalu kisah persahabatan kita bersama..dalam satu pengajian menuntut ilmu dan pengalaman..terpahat padu di kalbuku..bersama-sama rakan taulan dan guru..tawa riangmu menghiburkan hatiku..indahnya suasana ketika itu..terjalin ukhwah sejati..kini demi cita-cita kita terpisah..inilah asam garam dalam kehidupan..sahabat kesayanganku, moga persahabatn kita kekal abadi..'' *ukhwatufillah abadan abada....*(^_^)
A: KAU RASE KITE BERKAWAN SAMPAI BILE?

B: SAMPAI MATI!

A: KNPA KAU CKAP MCM 2?

B: SEBAB AKU SAYANG KAU!

A: KAU RASE JARAK MASE KTE BKAWAN BRAPE LAME?

B: 5 MINIT LG!


SI 'A' TERDIAM LALU BERTANYA LAGI:


A: APA YANG KAU CAKAP NI? 5 MINIT? KATE SMAPI MATI?


LALU SI 'B' HANYA TERSENYUM. SELEPAS 5 MINIT. SI 'A' MELINTAS HAMPIR-HAMPIR DI LANGGAR KERETA TAP DISELAMATKAN OLEH SI 'B'. BENAR KATA OARaNG-ORANG TUA, BILA HAYAT HAMPIR TAMAT, KITA DAPAT RASAKANNYA.

LALU SI 'B' BERKATA:

B: AKU TEPATI JANJI AKU. KITE BERKAWAN SAMAPI AKU MATI. LALU TERSENYUM GEMBIRA.
SI 'A' HANYA MAMPU MENANGIS.
'' hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti sahabat dan remaja..dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tak kan kembali lagi..masa ini jua kita membawa haluan masing-masing..mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil satu bilik darjah, belajar, bergurau, kenakan guru, ke kantin, ke padang bersama...terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar dilupakan. Mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah....''
''*Angin...jika kau berhembus lembut melaluinya..katakan padanya...aku SAHABATNYA...selamanya..Air..jika kau mengalir di sisinya..beritahulah padanya aku memohon maaf di atas segalanya.. Bunga..jika kau tumbuh mekar di sampingnya...kau kirimlah kewangian tanda terima kasih atas kehadirannya..Burung..jika kau terbang melintasinya..sampaikan kataku ini kepadanya..aku sentiasa mengingatinya walaupun jasadku tiada....*''